PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,483 kes pada Minggu Epidemiologi ke-7 (ME07) 2024 iaitu bagi tempoh 11 Feb hingga 17 Feb lepas berbanding 3,631 kes pada minggu sebelumnya, dengan empat kematian akibat komplikasi demam denggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME07 ialah sebanyak 25,541 kes berbanding 15,243 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Terdapat 14 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 13 kematian bagi tempoh yang sama pada 2023," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME07 menurun kepada 185 berbanding 199 pada minggu sebelumnya.
Daripada jumlah itu, sebanyak 144 lokaliti direkodkan di Selangor, 17 di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan (enam), Perak (sembilan), Pulau Pinang (empat) dan masing-masing dua di Kedah dan Sabah serta satu di Pahang.
Dr Muhammad Radzi berkata bagi survelan chikungunya, hanya satu kes direkodkan pada ME07 menjadikan jumlah kumulatif kes setakat kini adalah empat.
Bagi survelan zika, katanya sebanyak 307 sampel darah telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya negatif.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Kes kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME07 ialah sebanyak 25,541 kes berbanding 15,243 kes bagi tempoh sama tahun lepas. - Gambar hiasan
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
2 lagi kes kematian akibat denggi di Johor
Dua kematian akibat denggi dilaporkan di Johor pada Minggu Epid 10/2024 menjadikan jumlah kematian sebanyak tujuh kes dan 1,420 kes denggi dikesan menjadikan kumulatif 3,764 kes.
Kes denggi menurun, empat kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,483 kes pada Minggu Epidemiologi ke-7 (ME07) 2024 iaitu bagi tempoh 11 Feb hingga 17 Feb lepas.
Kes denggi menurun pada ME06, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,631 pada Minggu Epidemiologi ke-06 (ME06) 2024 dengan satu kematian dilaporkan.
Kes denggi menurun pada ME04, tujuh kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME04 ialah sebanyak 14,458 kes berbanding 8,968 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi hingga 16 Dis lepas meningkat 89.3 peratus - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes denggi pada tahun ini hingga 16 Dis lepas meningkat sebanyak 89.3 peratus iaitu 117,505 kes berbanding 62,060 kes pada 2022.
Kes denggi meningkat di Malaysia
Jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes atau 0.4 peratus kepada 2,272 kes pada Minggu Epidemiologi ke-43 (ME43) iaitu bagi tempoh 22 Okt hingga 28 Okt.
Jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat lebih 200 peratus
Jumlah kumulatif demam denggi di Perak meningkat sebanyak 2,762 kes sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 851 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi di Kelantan meningkat 225 peratus - Dr Zaini
Sebanyak 1,514 kes demam denggi dicatatkan di Kelantan bermula Januari hingga 12 Ogos tahun ini, iaitu peningkatan 225 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi meningkat 4.7 peratus, dua kematian dilapor
Jumlah kes demam denggi meningkat 4.7 peratus kepada 2,542 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME31) iaitu bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos, berbanding 2,427 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.